It is currently Tue Feb 25, 2020 11:42 pm





Post new topic Reply to topic  [ 9 posts ] 
ceramah agama sikit... asyik dunia je.. heheh meh baca ni 
Author Message
Site Admin
User avatar

Joined: Wed May 06, 2009 4:13 pm
Posts: 215
Post ceramah agama sikit... asyik dunia je.. heheh meh baca ni
di petik dari blog bujal8

Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang. Kajian awalnya mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam ibadat sembahyang yang memberikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang. Aku cuba cari laporan tersebut dekat Internet, kalau-kalau ada maklumat lebih terperinci pasal kajian tersebut tapi tak dapat. Walaubagaimana pun, CVT sebenarnya telah lama menemui perkaitan antara waktu solat dengan peralihan tenaga alam.

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?

Subuh. Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.


Mon Aug 17, 2009 3:22 am
Profile E-mail YIM

Joined: Tue Jul 28, 2009 3:26 pm
Posts: 6
Post Re: ceramah agama sikit... asyik dunia je.. heheh meh baca ni
ambo pun ade tebaco kelebihan rahsia solat awal waktu.
dalam otak kita ni ada satu bahagian yg darah bole mengalir masuk dalam keadaan waktu kita sujud sahaja.
bila darah dapat masuk dalam bahagian otak dalam waktu yg tepat (awal waktu solat ) akan membuatkan otak berfungsi dengan baik dalam membuat keputusan/ pertimbangan. so dengan solat di awal waktu dimana azan dilaungkan (org lelaki kena solat di masjid) akan membuatkan keputusan yg kita buat tepat / bernas / bijak.

orang yang solat lewat / hujung2 waktu pasti tak akan dapat kelebihan membuat keputusan dengan baik. pasti keputusan yg di buat oleh org yg melewat2kan solat ade weennggg sikit (tahap kebengongan yg tinggi). keras benar celaan ini..
cuba tuan2 buat perbandingan waktu tuan2 trade masa dah solat awal waktu dengan solat hujung2 waktu.
pasti ade perbezaannya..

tuan2 fikir la sendiri...


Mon Aug 17, 2009 9:42 am
Profile E-mail YIM

Joined: Tue Jul 28, 2009 3:26 pm
Posts: 6
Post Re: ceramah agama sikit... asyik dunia je.. heheh meh baca ni
just to share..
ade member bagitau tentang indicator penting nih.
ambo pun teraso jgak.
bukan trade forex je ade indicator.
tahap agama/iman dalam diri kita pun ade indicator dia.
utk check muhasabah diri sendiri.

indicator iman/ agama dlm diri (yg bagus/ positive)
1. bole sembahyang berjemaah/ awal waktu
2. bole baca al-quran tiap2 hari
3. bole bersedekah
4. ade kekuatan utk amal agama / sunnah
ini antara indicator iman yg bagus

indicator iman yg tak berapa bagus sebaliknya..
amalan2 agama jadi susah / malas nak buat / tangkap muat je..

sekadar utk renungan bersama...


Thu Aug 20, 2009 8:50 am
Profile E-mail YIM

Joined: Fri Jul 17, 2009 12:22 pm
Posts: 5
Post Re: ceramah agama sikit... asyik dunia je.. heheh meh baca ni
good info...bagus juga ada ceramah agama kat sini...ingat -mengingati antara satu sama lain..


Thu Aug 20, 2009 12:55 pm
Profile E-mail

Joined: Wed May 20, 2009 3:13 pm
Posts: 62
Post Re: ceramah agama sikit... asyik dunia je.. heheh meh baca ni
salam ramadhan untuk masta mizee n utk suma warga oasis..!
sempena bulah yg penuh barokah ini diharapkan kita dapat melatih diri kita supaya menjadi seseorang yg lebih sabar...lebih berdisiplin...
semoga Allah menghiasi diri kita ngan sifat2 mahmudah ( suka wat benda2 yg baik) dan menghapuskan segala sifat2 mazmumah (sifat2 yang tak baik..termasuk lah sifat tamak..)

*semoga ciri2 dan personaliti seorang trader yg berjaya terpancar jua hendaknye...amiiiiiiiin :mrgreen:


Fri Aug 21, 2009 9:02 am
Profile E-mail
Site Admin
User avatar

Joined: Wed May 06, 2009 4:13 pm
Posts: 215
Post Re: ceramah agama sikit... asyik dunia je.. heheh meh baca ni
fatah wrote:
salam ramadhan untuk masta mizee n utk suma warga oasis..!
sempena bulah yg penuh barokah ini diharapkan kita dapat melatih diri kita supaya menjadi seseorang yg lebih sabar...lebih berdisiplin...
semoga Allah menghiasi diri kita ngan sifat2 mahmudah ( suka wat benda2 yg baik) dan menghapuskan segala sifat2 mazmumah (sifat2 yang tak baik..termasuk lah sifat tamak..)

*semoga ciri2 dan personaliti seorang trader yg berjaya terpancar jua hendaknye...amiiiiiiiin :mrgreen:

rindu plak kat masta fatah ni...


Sun Aug 23, 2009 9:04 pm
Profile E-mail YIM
User avatar

Joined: Sun Sep 13, 2009 12:30 am
Posts: 16
Post Re: ceramah agama sikit... asyik dunia je.. heheh meh baca ni
Dipetik Dari Seminar ESQ Leadership training yg aku pergi.

1 Ihsan 6 Prinsip 5 langkah yg maksudnya : 1 Allah 6 Rukun Islam 5 Rukun Iman

1 hati Ihsan Perbuatanku
6 Prinsip
ALLAH tujuan ku
MALAIKAT mencatat perbuatanku
NABI dan RASUL teladanku
KITAB SUCI pedomanku
HARI KEMUDIAN cita2ku
IKHLAS dan TAWAKAL sikapku
5 Langkah Pengabdian
Kepada ALLAH syahadatku
SOLAT karekterku
PUASA bentengku
ZAKAT keluarkan potensiku
HAJI derap langkahku

Renung2kan bersama.


Thu Sep 17, 2009 12:13 am
Profile E-mail

Joined: Tue Jul 28, 2009 3:26 pm
Posts: 6
Post Re: ceramah agama sikit... asyik dunia je.. heheh meh baca ni
Sabda nabi s.a.w
" Orang yang mengerjakan amal ibadah di malam hari raya aidilfitri dengan mengharap redha allah s.w.t maka hatinya tidak akan mati di hari kiamat "
Hadith riwayat Abu Umamah

sama2 kita usahakan.

selamat hari raya semua.. :lol:


Thu Sep 17, 2009 10:11 am
Profile E-mail YIM

Joined: Thu Sep 10, 2009 11:27 am
Posts: 9
---------
Post Re: ceramah agama sikit... asyik dunia je.. heheh meh baca ni
sebelum anda semua memulakn forex ni......
sebagai seorang muslim,bater kita kena tau hukum halal haram......
baru la berkat segala rezeki yg kita dpt......
copy n paste link di bawah.......
sebagai maklumat para trader......








selamat meforex dn beramal


Mon Oct 12, 2009 9:56 pm
Profile E-mail
Display posts from previous:  Sort by  
Post new topic Reply to topic  [ 9 posts ] 


Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot post attachments in this forum

Search for:
Jump to:  
cron